Bermula tahun 2007, siri Modenas Kriss telah menerima pembaharuan ketara apabila dilancarkan dengan enjin bersesaran 120cc. Dikenali dengan nama Modenas Kriss 120, varian tersebut dilengkapi sistem penghidup jenis tendang, rim roda jenis berjejari, sistem brek dram di bahagian roda depan, di samping lima pilihan warna yang menarik.
Category: Modenas
Pada tahun 2006, Modenas Kriss 110 SE diperkenalkan di pasaran tempatan
Modenas Kriss 110 merupakan produk pertama keluaran syarikat pengeluar motosikal tempatan Motosikal Dan Enjin Nasional Sdn. Bhd. (Modenas). Dilancarkan dalam tahun 1996, model berkenaan menjadi popular dan berjaya mencatatkan jumlah jualan yang sangat baik mengatasi model-model lain yang menjadi pesaingnya pada ketika itu.
Pada Oktober 2004, Modenas Kristar dilancarkan di pasaran Malaysia
Modenas Kriss 110 merupakan model pertama keluaran Modenas yang mencatatkan jualan antara yang terlaris, serta sangat popular dan masih diingati sehingga kini. Diperkenalkan pada tahun 1996, model kapcai tersebut kemudiannya dilancarkan dalam pelbagai model lain di dalam siri Modenas Kriss. Antaranya seperti Kriss 100, Kriss 2, Kriss 120, dan juga menjadi asas kepada model Modenas […]
Mengenang kembali superbike Petronas FP1 dan Momoto MM1
Superbike Petronas FP1 sama ada dalam versi jentera perlumbaan atau versi jalanan, telah pun hampir dilupakan oleh peminat dunia permotoran tempatan. Pengeluaran model tersebut bermula pada tahun 2003, dan pada tahun yang sama telah menyertai perlumbaan SBK (Superbike World Championship) sehingga tahun 2006.
Spyshot Kawasaki Edge, model asas Modenas Ace 115
Sebenarnya artikel mengenai spyshot model Kawasaki Edge 115cc ini pernah disiarkan di dalam blog lama Arena Kereta, bertarikh 27hb. Oktober 2010. Namun oleh kerana blog tersebut telah pun berkubur, jadi rasanya tidak salah kalau maklumat dan gambar-gambar spyshot model berkenaan disiarkan pula di dalam blog Arena Motosikal.






