Salah sebuah model bergaya retro yang ditawarkan di pasaran Malaysia pada ketika ini ialah Keeway K-Light 202, yang sebelum ini dilancarkan pada tahun 2017 yang lalu.
Category: Keeway
Keeway RK V125C 2023 diperkenalkan di pasaran Itali, dilengkapi enjin V-Twin 125cc
Keeway baru-baru ini telah memperkenalkan sebuah model cruiser terbaharu untuk pasaran Itali, dikenali dengan nama Keeway RK V125C 2023. Model itu tampil dengan dua pilihan warna merah dan hitam, dan dilengkapi enjin 125cc (V-Twin 4 Stroke 6 Valves) dengan transmisi enam kelajuan. Enjin itu menawarkan kuasa maksimum 13.67hp @ 8,500rpm dengan tork 14.4Nm @ 6,500rpm.
Keeway V-Cruise 2022 diperkenalkan di pasaran Itali, dilengkapi enjin 125cc V-Twin
Pasaran Itali sebelum ini telah menerima model cruiser Keeway V302 C 2022, dan kini sebuah lagi model terbaharu diperkenalkan iaitu Keeway V-Cruise 125. Penampilan dua model tersebut adalah sama, namun dilengkapi kapasiti enjin yang berbeza, yang mana Keeway V302 C dilengkapi enjin 298cc dan Keeway V-Cruise 125 memiliki enjin 125cc.
Keeway K300 R 2022 dan Keeway K300 N 2022 dilancarkan di pasaran India, harga bermula dari RM 15,082.36
Keeway di pasaran India kini semakin agresif. Sebelum ini jenama pengeluar motosikal yang berasal dari Hungary itu menawarkan model-model menarik seperti cruiser K-Light 250V, skuter Vieste 300, skuter Sixties 300i, dan cruiser V302C. Paling terbaru, Keeway telah melancarkan dua model iaitu Keeway K300 R 2022 dan Keeway K300 N 2022.
Keeway V302 C 2022 dilancarkan di pasaran Itali, harga jualan bersamaan RM 22,001.56
Pada awal bulan Ogos 2022 yang lepas, Keeway Itali telah melancarkan sebuah model cruiser terbaharu Keeway V302 C 2022. Hadir dengan dua pilihan warna menarik hitam dan kelabu, harga jualan yang ditawarkan untuk model berkenaan di pasaran Itali ialah sebanyak € 4,890.00, bersamaan RM 22,001.56 mengikut kadar mata wang semasa.
Galeri : Keeway Cafe Racer 152 2022 versi facelift terbaharu
Untuk peminat motosikal bergaya cafe racer pada harga yang mampu milik, di pasaran tempatan ketika ini terdapat model Keeway Cafe Racer 152 2022, yang tampil dengan tiga pilihan warna hijau, hitam dan merah. Model itu merupakan versi facelift terbaharu, diperkenalkan sejak Mac 2022 dengan harga asas sebanyak RM 6,888.00 sahaja.






