Keeway baru-baru ini telah memperkenalkan sebuah model cruiser terbaharu untuk pasaran Itali, dikenali dengan nama Keeway RK V125C 2023. Model itu tampil dengan dua pilihan warna merah dan hitam, dan dilengkapi enjin 125cc (V-Twin 4 Stroke 6 Valves) dengan transmisi enam kelajuan. Enjin itu menawarkan kuasa maksimum 13.67hp @ 8,500rpm dengan tork 14.4Nm @ 6,500rpm.
Antara spesifikasi dan ciri-ciri yang melengkapi Keeway RK V125C ini termasuklah kapasiti tangki bahan api 19 liter, fork depan USD, suspensi belakang berkembar, sistem brek cakera depan dan belakang, tayar depan dan belakang 120/80-17 dan 140/70-17, dan tinggi tempat duduk 690 mm. Turut melengkapi ialah sistem lampu LED, panel meter digital, dan berat kering hanyalah 164 kg.
Di pasaran Malaysia pada ketika ini, motosikal Keeway diedarkan oleh MForce Bike Holdings Sdn. Bhd. Model-model yang ditawarkan itu ialah Keeway Cafe Racer 152, Keeway K-Light 202, dan Keeway Patagonian Eagle 250. Adalah sangat menarik jika MForce Bike turut menawarkan model terbaharu seperti Keeway RK V125C 2023 ini, namun seeloknya dengan enjin bersesaran 250cc.