Category: Boon Siew Honda

Model skuter serba baharu Honda Vario 160 2023 kini tiba di pasaran Malaysia, harga asas bermula dari RM 9,998.00

Model skuter serba baharu Honda Vario 160 2023 kini tiba di pasaran Malaysia, dengan harga asas bermula dari RM 9,998.00. Harga itu ialah untuk tiga pilihan warna iaitu Vivacity Red, Pearl Nightfall Blue dan Sword Silver Metallic. Bagi pilihan warna Mat Charcoal Grey Metallic yang bakal berada di pasaran mulai bulan Februari 2023 akan datang, […]

Honda Vario 160 2023 bakal dilancarkan di pasaran Malaysia, berapakah jangkaan harga jualannya?

Model skuter terbaharu yang ditunggu-tunggu Honda Vario 160 2023 bakal dilancarkan di pasaran Malaysia pada bulan November depan. Setakat ini Boon Siew Honda telah menyiarkan imej teaser terkini mengenai model tersebut, termasuk pamerannya di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) baru-baru ini, bersempena dengan acara perlumbaan berprestij MotoGP Malaysia 2022.

Boon Siew Honda siarkan imej teaser rasmi Honda Vario 160 2023, bakal dilancarkan pada November 2022

Model skuter serba baharu Honda Vario 160 2023 bakal dilancarkan di pasaran Malaysia, pada bulan November 2022 akan datang. Setakat ini penampilan pertama model tersebut kini dapat dilihat di tapak pameran Honda di Litar Sepang, sempena dengan penganjuran acara perlumbaan MotoGP Malaysia 2022, yang berlangsung dari 21 sehingga 23 Oktober 2022.

Boon Siew Honda bakal melancarkan model skuter terbaharu, adakah ianya Honda Vario 150 eSP?

Boon Siew Honda menerusi laman Facebook rasmi mereka pada hari ini telah menyiarkan sekeping imej teaser terbaharu, dengan kapsyen “Sesuatu Yang Menarik Akan Datang November 2022”. Berdasarkan imej yang tertera itu, ianya merupakan sebuah model skuter yang mirip Honda Vario 150 eSP. Model tersebut sebelum ini dilancarkan di pasaran Indonesia pada tahun 2015.