Category: Boon Siew Honda

Kemaskini warna baharu untuk Honda RS-X 2023, harga asas bermula dari RM 9,698.00

Di pasaran Malaysia, Honda RS-X secara rasminya dilancarkan pada tarikh 01hb. November 2021. Model tersebut seterusnya diperkenalkan dalam versi Repsol Edition pada tarikh 15hb. April 2022. Pada hari ini pula, Boon Siew Honda dengan rasminya memperkenalkan Honda RS-X 2023, dalam tiga pilihan skim warna terbaharu iaitu Trico Edition, Candy Caribbean Blue dan Lemon Ice Yellow.