Category: 250cc

Yamaha YZF-R25 (2026) terima 2 warna baharu macam pasaran Jepun, cadangan harga macam tahun 2025

Hampir sebulan lalu, kami ada laporkan pengumuman Yamaha Jepun berhubung tawaran tiga warna baharu untuk sportbike R25 dan R3 edisi 2026. Kini, tiba pula giliran Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) melakukan pendekatan sama tetapi hanya dua warna untuk sportbike Yamaha YZF-R25. 2 Warna Baharu Yamaha YZF-R25 2026 Dua warna untuk bakal pembeli di Malaysia ialah […]

Cyclone RT250: Skuter maxi lancar di China dengan 2 varian, ada ABS, TCS, dashcam dan sistem pengesan Titik Buta

Zonsen (atau Zongshen) sudah mengumumkan tawaran skuter maxi Cyclone RT2S edisi 2026 di China sejak Ogos 2025. Di sana, model tersebut menggunakan nama Cyclone RT250 dan didatangkan dengan dua varian pilihan iaitu Sport dan Smart. Sport boleh dikatakan versi asas manakala Smart pula adalah varian tertinggi. Ini senarai harga di China: Sport: 14,999 yuan Smart: […]

Morbidelli T252X bakal jadi motosikal kembara 250cc pilihan ramai?

Selepas model naked F252, Morbidelli Malaysia mengumumkan tawaran motosikal adventure Morbidelli T252X secara rasmi di pasaran Malaysia. Model ini dipamerkan bersama beberapa jentera terbaharu Morbidelli semasa satu lawatan media ke China sempena program Mforce Bike Holdings (Mforce) Top 68 Dealers’ Educational Tour Sales. Mforce nampaknya masih mengotakan janji dengan mengekalkan harga rasmi yang dibuat di China […]

Morbidelli F252 sertai saingan segmen naked 250cc Malaysia, harga badan RM14,888

Mforce Bike Holdings (Mforce) mengumumkan Morbidelli F252 kini boleh didapati menerusi rangkaian pengedar mereka di seluruh negara. Motosikal segmen naked itu pernah dipamerkan di hadapan media jemputan di China sempena acara Top 68 Dealers’ Educational Tour Sales Campaign di Zhejiang, China pada November lalu. Harga Morbidelli F252 Motosikal Morbidelli F252 ini ditawarkan pada harga badan […]

KEEWAY RKR250: Sportbike pertama KEEWAY kini di Malaysia, harga badan RM13,888

KEEWAY RKR250 edisi 2026 sudah mula diedarkan ke rangkaian pengedar Mforce Bike Holdings (Mforce) di seluruh negara. Sporbike suku liter itu ditawarkan dengan harga RM13,888 seunit tidak termasuk cukai jalan, pendaftaran dan insurans. Pilihan Warna Dua pilihan warna disediakan iaitu hitam (Night Black) dan merah (Flame Red). Jaminan diberi ialah dua tahun atau jarak perbatuan […]

Thunder Motorcycles Japan tamatkan pengeluaran Thunder 250 Hardtail?

Adakah benar Thunder Motorcycles Japan merancang untuk menamatkan pengeluaran motosikal bobber Thunder Hardtail 250? Jika dilihat pada laman media sosial Thunder Motorcycles Japan, nampaknya ada pengumuman penting sudah dibuat dalam bahasa Jepun pada bulan lalu. Kami kongsikan pengumuman tersebut di bawah ini:   Berdasarkan terjemahan bahasa Jepun ke Bahasa Inggeris, antara sebab Thunder Hardtail 250 […]