
Kami pernah menceritakan tentang SWM ada rancangan sediakan beberapa pilihan baharu kapasiti enjin untuk skuter dua silinder pacuan rantai mereka, antara 200cc hingga 300cc.
Maklumat ini didedahkan semasa SWM mempertontonkan skuter 255XT di Pameran Perdagangan Antarabangsa Motosikal China (CIMA Motor) 2026 di China, September lalu.

Dari China, Malaysia ke Eropah
Sebelum ini, prototaip skuter 2-silinder sebaris berantai ini ada dipamerkan semasa Mforce MotoXperience 2026 di MAEPS Serdang, Selangor dan dihebahkan akan dibawa ke Malaysia tahun depan.
Di pentas Pameran Motosikal Milan (EICMA) 2026, SWM sekali lagi mencuri tumpuan apabila sekali lagi mempamerkan model skuter sama tetapi dengan nama baharu iaitu SWM Venturo T310 ADV.
2 pilihan warna
Ada dua warna skuter SWM Venturo T310 ADV dipamerkan di Itali iaitu oren Flashy Orange sama seperti pernah disaksikan di Malaysia dan China.
Warna kedua ialah hijau Forest Green. Dua warna pilihan ini dipadankan dengan warna kelabu kilat.
Spesifikasi SWM Venturo T310 ADV
Spesifikasi untuk enjin 250cc pernah kami kongsikan di sini sebelum ini. Di bawah ini pula ada spesifikasi untuk Venturo T310 ADV:
- Enjin: Dua silinder sebaris (parallel twin) 305cc dengan sistem sejukan cecair dan suntikan bahan api.
- Kuasa: 30hp (22kW) pada 8,500rpm
- Tork: 27Nm pada 6,000rpm
- Kotak gear: CVT automatik
- Suspensi depan: Fork terbalik (USD)
- Suspensi belakang: Monoshock dengan sistem pautan progresif
- Tayar depan: 120/70 – 17
- Tayar belakang: 160/60 – 15
- Sistem henti: brek cakera tunggal depan dan belakang, ABS dwi-saluran
- Tangki minyak: 13 liter
- Berat kasar: 198kg
- Tinggi pelana: 790mm
- Jarak bumi: 150mm
- Jarak roda: 1,580mm
- Panjang: 2,215mm
- Lebar: 995mm
- Tinggi: 1,390mm
Artikel berkaitan skuter SWM 2-silinder pacuan rantai:
- CIMA Motor 2026: Cerita terkini tentang skuter 2 silinder 250cc SWM 255XT
- Skuter 2 Silinder 250cc SWM SC250X masuk Malaysia tahun depan?
- SWM ‘intai’ pasaran Malaysia… skuter SC250X jadi tumpuan utama di Malaysia Bike Show 2026?







