
CFMOTO V4SR-RR dipersembahkan kepada pengunjung Pameran Motosikal Milan (EICMA) 2026 di Itali awal minggu ini.
Penampilannya ditunggu-tunggu pemerhati industri dan kumpulan pengkritik sejak tahun 2024 selepas CFMOTO menayangkan enjin V4 dan konsep motosikal kuasa tinggi Master of Speed.


Penampilan di EICMA 2026 juga menyaksikan beberapa makkumat mengenai CFMOTO V4SR-RR dikongsi kepada umum.
Antaranya sudah tentunya enjin V4 berkapasiti 997cc yang dibangunkan sendiri (in-house), didakwa menawarkan kuasa lebih 210hp, anggaran berat kering 180kg dan ada winglet aktif.
Beberapa komponen yang digunakan pada motosikal itu datangnya daripada jenama berprestasi seperti suspensi dari Ohlins, brek (Brembo), sistem ekzos (Akrapovic) dan tayar Pirelli.
CFMOTO menganggap inilah superbike paling canggih yang pernah dibangunkan setakat ini, sekaligus menandakan langkah baharu dalam evolusi teknologi dan prestasi mereka.
Projek ini mula diperkenalkan di EICMA 2024 sebelum model prototaip V4SR-RR di pentas sama di Milan tahun lepas. Ketika itu, data kuasa yang didedahkan ialah enjin mampu menghasilkan 212hp.
Tarikan lain tentang motosikal China ini ialah sepasang winglet aktif yang boleh bergerak atau selaras sudutnya ikut kelajuan motosikal untuk meningkatkan downforce dan menambah baik faktor aerodinamiknya dan menstabilkan jentera.
April lalu, CFMOTO menampilkan motosikal itu dengan demonstrasi tunggangan di sempena CFMOTO DAY di litar Chengdu.
Pada Jun 2026, mereka merekodkan masa kelajuan terpantas 315.82km/j dan menjadi bahan bualan ramai pihak termasuk kaki kritik.
Artikel EICMA 2026
- EICMA 2026: CFMOTO x KALEX tayang jentera Moto2 seragam CFMOTO
- EICMA 2026: Suzuki SV-7S (2027) teruskan legasi SV650?
- EICMA 2026: Honda CBR1000RR-R Fireblade (2027) dapat ‘sentuhan baharu’
- EICMA 2026: Yamaha Tenere 4 Concept bakal tiba, guna enjin satu silinder
- EICMA 2026: Skuter Yamaha RW700 guna enjin 2-silinder, pacuan rantai siap Y-AMT
- EICMA 2026: Ada apa dengan Yamaha RW350?










