
Honda Filipina (Honda Philippines Inc. – HPI) mengumumkan kedatangan model underbone Honda RS125 Final Edition (2026). RS bermaksudĀ “Road Sport”.
RS125 Final Edition ditawarkan sehingga Mac 2028 membabitkan cuma 20,000 unit. Petanda riwayat model ini akan tamat? Atau mungkin nama RS125 akan hadir pada model baharu?

Di Filipina, Honda RS125 sudah berada dalam barisan produk kapcai Honda sejak hampir 20 tahun lalu dan jualan terkumpul model ini sepanjang tempoh itu dikatakan lebih 350,000 unit.
Honda Filipina nyatakan model RS125 Final Edition menandakan peralihan syarikat mereka ke arah era inovasi baharu iaitu:
- Buka laluan untuk barisan motosikal masa hadapan yang lebih efisien petrol
- Memaksimumkan sumber untuk produk generasi baharu
- Buka peluang untuk peluasan model masa hadapan untuk penuhi trend pasaran serta kehendak pengguna.
Honda RS125 Final Edition dijual dengan dua warna pilihan iaitu Matte Axis Gray Metallic dan Pearl Sylvestris Gray. Harganya 77,000 peso (anggaran RM4,963).
Berikut ialah spesifikasinya:
- Enjin satu silinder 125cc SOHC 2-injap dengan sistem sejukan udara dan suntikan bahan api.
- Gerek x lejang 52.4 x 57.9mm
- Nisbah mampaitan 9.3 : 1
- Kuasa 7.12 kW @ 7,500rpm
- Tork 9.55 Nm @ 6,500rpm
- Minyak enjin 0.9 liter
- Kotak gear 4 kelajuan
- Fork teleskopik biasa
- Absober berkembar
- Brek cakera untuk roda depan
- Brek dram di belakang
- Tayar depan 70/90 – 17 (guna tiub)
- Tayar belakang 80/90 – 17 (guna tiub)
- Panjang 1,909mm
- Lebar 685mm
- Tinggi 987mm
- Berat kasar 104kg
- Tinggi pelana 767mm
- Jarak roda 1,228mm
- Jarak bumi 135mm
- Tangki minyak 3.9 liter
- Meter analog, kunci mekanikal dan lampu berasaskan mentol halogen






















