
Morbidelli T250 diumumkan untuk pasaran Malaysia dengan harga badan RM7,988. Motosikal ini sudah ada di kedai-kedai pengedar Mforce Bike Holdings (Mforce) di seluruh negara.
Ada tiga warna disediakan untuk Morbidelli T250 iaitu hitam (Bulk Black), kelabu (Anarchy Grey) dan merah (Carnage Red).

Berikut ialah perinciannya:
- Enjin satu silinder 249.4cc SOHC 4 injap dengan sistem penyejukan minyak dan suntikan bahan api.
- Kuasa maksimum 16.7kW @ 7,500rpm.
- Tork puncak 22.3Nm @ 6,000rpm.
- Kotak gear manual 6 kelajuan.
- Fork teleskopik terbalik (USD) dan monoshock boleh laras prabeban (preload).
- Cakera brek depan dan belakang, ada sambungan Sistem Brek Anti Kunci (ABS) dwisaluran,
sekali gus meningkatkan tahap keselamatan ketika membrek. - Tayar depan 90/90-19, tayar belakang 110/90-17.
- Dimensi panjang 2,070mm, lebar 975mm dan tinggi 1,190mm.
- Jarak roda 1,365mm. Tinggi tempat duduk 830mm.
- Jarak lega bumi 250mm.
- Tangki minyak 12 liter.
- Meter jenis digital.
- Satu soket pengecas USB Type-A
- Sistem kunci mekanikal dan anak kunci.
- Sistem pencahayaan LED penuh.
- Ada gard tangan (handguard).
