
Ini satu lagi model skuter terbaharu menunggu giliran untuk menyarung label WMOTO dan ada potensi tinggi untuk masuk pasaran tempatan.
Skuter berwarna hitam ini ada dipamerkan sebaris dengan WMOTO ‘T9’ dan Falcon 205. Di China, namanya ialah Longjia MBX 300. Di pasaran lain, ada versi 125cc dengan bentuk sama.

Kami terima maklumat bahawa skuter WMOTO ‘MBX’ akan menggunakan enjin suku liter yang ada pada kebanyakan model skuter termasuk MODA Sporter S dan WMOTO ES250i.
Belum ada informasi rasmi tentang skuter ini dikongsi pihak Mforce Bike Holdings (Mforce) setakat ini.
Namun, berdasarkan apa yang disaksikan di Mforce MotoXperience 2026, WMOTO ‘MBX’ ini ada beberapa komponen dan ciri teknologi mengikut trend semasa. Antaranya:
- Sistem pencahayaan LED penuh
- Instrumen meter digital penuh dan sistem kemasukan tanpa kunci (keyless)
- Kamera pemuka (dashcam) depan
- Brek cakera depan dan belakang, ada Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dan Kawalan Cengkaman (TCS)
- Rim aloi 14 inci dengan tayar 110/80 (depan) dan 140/60-14 (belakang)
- Dimensi panjang 1,950mm, lebar 750mm dan tinggi 1,170mm
- Tinggi tempat duduk 780mm























