Suzuki Gixxer SF250 (2026): Jepun dapat 2 warna pilihan baru untuk tahun 2026

Suzuki mengumumkan dua warna baharu untuk motosikal jenis sport fairing penuh Suzuki Gixxer SF250 edisi 2026 di Jepun.

Dua warna terbaharu itu ialah Pearl Glacier White x Matte Platinum Silver Metallic No. 2 (putih) dan Glass Sparkle Black (hitam).

Ada satu warna sedia ada dikekalkan iaitu While Triton Blue Metallic/Pearl Glacier White (biru putih).

Dalam pengumuman itu, nampaknya Suzuki hanya menukar pilihan warna sahaja. Aspek mekanikal (spesifikasi) masih kekal seperti model sedia ada.

Pun begitu, harga badan motosikal Suzuki Gixxer SF250 (2026) meningkat sebanyak 11,000 yen (RM272) kepada 525,800 yen (RM12,983) seunit.

Spesifikasi Suzuki Gixxer SF250 (2026)

  • Enjin silinder tunggal 249cc SOHC 4-injap dengan sistem penyejukan minyak dan sistem suntikan bahan api (FI)
  • Gerek x lejang: 76mm x 54.9mm
  • Kuasa:  25.5hp @ 9,300rpm
  • Tork: 22Nm @ 7,300rpm
  • Tangki minyak 12 liter
  • Kotak gear klac manual 6-kelajuan
  • Frem jenis berlian (diamond)
  • Brek depan: Cakera tunggal dengan sistem brek ABS
  • Brek belakang: Cakera tunggal dengan sistem brek ABS
  • Tayar depan: 110/70 R17
  • Tayar belakang: 150/60 R17
  • Panjang: 2,010mm
  • Lebar: 740mm
  • Tinggi: 1,035mm
  • Jarak roda: 1,345mm
  • Jarak lega bumi: 165mm
  • Tinggi pelana: 800mm
  • Berat: 158kg