MForce Experience Club (MEC): Platform satukan semua kelab, pemilik motosikal rangkaian jenama MForce

MForce Bike Holdings (MForce) nampak agresif dalam memperkenalkan pelbagai model dan jenama motosikal baharu untuk pasaran Malaysia semenjak berakhirnya pandemik Covid-19.

Tahun 2025 sahaja, MForce sudah mengumumkan dan melancarkan 40 model baharu daripada pelbagai jenama kendalian mereka. Tahun ini, kami dimaklumkan jumlah itu pasti lebih tinggi.

Semasa kru kami bertemu Ketua Pegawai Operasi MForce, Asri Ahmad, beliau ada menyebut tentang hala tuju MForce untuk tahun 2026. Antara disebut ialah fokus kepada aspek perkhidmatan selepas jualan dan penjenamaan.

Ada dua inisiatif sudah dilaksanakan. Pertama, MForce perkenalkan platform servis diari untuk pemilik-pemilik motosikal dan skuter di bawah kendalian syarikat itu.

Pada awal bulan Februari 2026, MForce merasmikan pusat servis terbesar mereka di Jalan Segambut Tengah, Segambut di Kuala Lumpur (inisiatif kedua).

Beberapa hari lepas, MForce umumkan platform digital baharu untuk pelanggan mereka yang dipanggil sebagai MForce Experience Club (MEC).

Apa itu MForce Experience Club (MEC)?

Ini ada sebuah platform digital komuniti untuk menghimpunkan pengguna serta kelab-kelab motosikal di bawah rangkaian jenama MForce dari seluruh negara.

Tujuannya untuk memperkukuh hubungan antara jenama dan komuniti pengguna selain meningkatkan pengalaman pemilikan motosikal.

Ini dilaksanakan melalui pelbagai program eksklusif dan aktiviti bertaraf nasional yang akan dijalankan.

Pautan MEC ada di sini: https://mforceclub.my

Apa kelebihan MForce Experience Club (MEC)?

Sekurang-kurangnya lima manfaat utama akan dinikmati pelanggan MForce yang menyertai MEC iaitu:

  • Komuniti rasmi & diiktiraf
    • Ahli berada di bawah naungan platform komuniti rasmi yang disokong oleh MForce
  • Pengalaman eksklusif
    • Peluang menerima jemputan ke acara khas serta program terpilih anjuran Mforce.
  • Jaringan nasional
    • Menghubungkan kelab dan pemilik motosikal MForce di seluruh negara dalam satu platform komuniti
  • Aktiviti bertaraf nasional
    • Penyertaan dalam pelbagai acara berskala besar yang memperkukuh identiti serta semangat komuniti motosikal MForce.
  • Ahli MEC akan menikmati pelbagai faedah keahlian seperti sesi pratonton model motosikal terkini terpilih, akses kepada promosi terhad dan peluang sertai sesi dialog komuniti bersama wakil MForce.

Ada program untuk MEC?

MForce ada merancang beberapa program utama untuk komuniti yang menyertai MEC dan ini termasuk:

Malaysia Bike Week

  • MForce akan sertai acara tahunan ini yang menghimpunkan ribuan pemilik dari seluruh negara. Tahun ini MForce akan membawa banyak kejutan. Ada program konvoi mega, pameran motosikal serta pelancaran model-model baharu.

Track Day Experience

  • Pengalaman tunggangan di litar dalam persekitaran terkawal dan selamat bersama komuniti.

Nationwide Ride Series

  • Konvoi bersiri dianjurkan mengikut zon di seluruh negara meliputi wilayah Utara, Selatan, Timur dan Barat.

Safety Riding Workshop

  • Program latihan keselamatan dan teknik tunggangan yang dikendalikan bersama jurulatih bertauliah.

Charity Ride & CSR

  • Konvoi amal serta program tanggungjawab sosial korporat yang melibatkan komuniti setempat.