Mampukah Keeway RKR 250 gugat dominasi segmen sportbike 250cc Malaysia?

Tidak lama lagi, Keeway Malaysia yang berada di bawah kendalian MForce Bike Holdings (MForce) akan menawarkan sportbike 250cc pertama mereka ke pasaran tempatan.

Model Keeway RKR 250 itu sudah beberapa kali disaksikan di Malaysia sebelum pengenalan dan pengumuman harga rasmi dibuat di China baru-baru ini.

Keeway RKR 250 akan mendatangkan saingan sengit untuk sportbike 250cc dengan enjin 2-silinder sebaris. Antara model popular dalam kategori itu ialah:

Kalau dilihat pada aspek harga, sudah terbukti Keeway RKR 250 ada kelebihan berbanding semua pencabar utama jenama Jepun serta boleh menandingi beberapa calon senegaranya iaitu dari China.

Selain ciri harga, Keeway RKR 250 juga hadir dengan beberapa ciri lebih maju daripada sebilangan pencabarnya. Antaranya ialah ada Sistem Kawalan Cengkaman (TCS) serta ABS boleh dinyah aktif.

Adakah Keeway RKR 250 ada potensi menapak dalam kategori sportbike 250cc 2-silinder? Kami merasakan ada ruang untuk sportbike itu kerana model dengan spesifikasi menarik itu dijual dengan harga yang amat berpatutan.

Tawaran RKR 250 dengan harga sedemikian sudah tentu membuka peluang kepada pengguna memiliki sportbike asas dengan harga yang tidak membebankan mereka.

LAPORAN AWAL

SPESIFIKASI KEEWAY RKR 250

Di bawah ini ialah perincian spesifikasi Keeway RKR 250 yang bakal dijual di Malaysia:

Keeway RKR 250 (2025)
Enjin2 silinder sebaris, DOHC, 8 Injap
Kapasiti249.3cc
Kuasa maksimum31.5hp @ 10,500rpm
Tork maksimum22.5Nm @ 9,500rpm
Bore x Stroke60mm x 44.1mm
Nisbah mampatan11.3 : 1
Sistem bahan apiEFI
Sistem penyejukanSejukan cecair
Kotak gearmanual 6 kelajuan klac Slipper
Suspensi depanFork teleskopik USD 40mm, travel 100mm
Suspensi belakangMonoshock boleh laras, travel 42.5mm
Tayar depan110/70 - 17
Tayar belakang150/60 - 17
Brek depanCakera 320mm, kaliper 4 piston
Brek belakangCakera 240mm, kaliper 1 piston
Panjang1,980mm
Lebar780mm
Tinggi1,110mm
Jarak dari bumi148mm
Jarak roda1,380mm
Tinggi tempat duduk770mm
Tangki minyak12 liter
Berat kering160kg
Bonus- Ada ABS dwi-saluran dan boleh dinyah aktif.
- Ada Traction Control System (TCS)
- Meter digital TFT 5 inci
- Ada port USB Type A dan Type C
- Sistem Pemantauan Tekanan Angin Tayar (TMPS)
- Sistem lampu LED penuh, lampu depan projektor LED
- Ada lampu kecemasan (Hazard Light)
- Ada lampu DRL