Keeway RKR 250 (2025): Ada ABS depan-belakang, TCS, Meter TFT tapi harga badan RM13,888?

MForce Bike Holdings (MForce) sudah umum mereka nak lancar sportbike Keeway RKR 250 ke Malaysia. Siap buat pengumuman harga badan Keeway RKR 250 – mula dari RM13,888!

Dengan harga macam ini, Keeway RKR 250 mungkin akan jadi sporbike paling mesra poket bakal pembeli dan memenuhi impian lebih ramai pengguna yang mahu memiliki sportbike 250cc.

SENARAI HARGA SPORTBIKE POPULAR 250cc Malaysia (1 dan 2 silinder)

Ada beberapa informasi baru tentang Keeway RKR 250 termasuk data perincian (spesifikasi) penuh sportbike ini. Ini antara informasi terbarunya:

Sportbike Keeway RKR 250 ini hasil rekaan pihak Centro Stile Morbidelli di Itali. Motosikal RKR 250 ini katanya menggabungkan semangat sukan bermotor (motorsport).

Setiap garis di panel badan motosikal Keeway RKR 250 dibuat untuk menggambarkan kelajuan dan tujuan dengan penekanan kepada sifat aerodinamik. Motosikal ini digerakkan enjin 2 silinder selari (inline) yang memenuhi syarat Euro 5+.

Ini data perincian (spesifikasi) Keeway RKR 250 (2025) di pasaran antarabangsa:

Keeway RKR 250 (2025)
Enjin2 silinder sebaris, DOHC, 8 Injap
Kapasiti249.3cc
Kuasa maksimum31.5hp @ 10,500rpm
Tork maksimum22.5Nm @ 9,500rpm
Bore x Stroke60mm x 44.1mm
Nisbah mampatan11.3 : 1
Sistem bahan apiEFI
Sistem penyejukanSejukan cecair
Kotak gearmanual 6 kelajuan klac Slipper
Suspensi depanFork teleskopik USD 40mm, travel 100mm
Suspensi belakangMonoshock boleh laras, travel 42.5mm
Tayar depan110/70 - 17
Tayar belakang150/60 - 17
Brek depanCakera 320mm, kaliper 4 piston
Brek belakangCakera 240mm, kaliper 1 piston
Panjang1,980mm
Lebar780mm
Tinggi1,110mm
Jarak dari bumi148mm
Jarak roda1,380mm
Tinggi tempat duduk770mm
Tangki minyak12 liter
Berat kering160kg
Bonus- Ada ABS dwi-saluran dan boleh dinyah aktif.
- Ada Traction Control System (TCS)
- Meter digital TFT 5 inci
- Ada port USB Type A dan Type C
- Sistem Pemantauan Tekanan Angin Tayar (TMPS)
- Sistem lampu LED penuh, lampu depan projektor LED
- Ada lampu kecemasan (Hazard Light)
- Ada lampu DRL