Aveta beri bayangan kedatangan model baru, kedai motor pula buka tempahan untuk Marvel 150?

Beberapa hari lalu, Aveta Motor Malaysia berkongsi satu poster acah di laman Facebook mereka menunjukkan sebuah motosikal yang berada dalam kegelapan di dalam sebuah gudang.

Model itu diyakini motosikal mini ala Monkey yang pernah dipertontonkan dua kali sebelum ini. Pertama di Malaysia Autoshow 2024 (MAS2024).

Kedua, semasa pelancaran siri skuter Aveta NOVA 160 dan NOVA 125. Menariknya, ada beberapa pengedar motosikal sudah membuka tempahan untuk motosikal mini Aveta ini.

Berdasarkan klip video promosi di atas, nampaknya motosikal mini ini sudah ada nama iaitu Aveta Marvel 150…. apa pun kita tunggu pengumuman rasmi mengenainya nanti.

Sementera menunggu hari pelancarannya, kami kongsikan apa yang diketahui setakat ini. Ini adalah data spesifikasi ringkas untuk motosikal ‘Aveta Monkey’ yang pernah ditayangkan di MAS2024:

  • Enjin satu silinder 148cc SOHC dengan sistem penyejukan udara dan teknologi suntikan bahan api.
  • Output kuasa 9.4hp @ 7,500rpm, dan tork 10.5Nm @ 5,000rpm.
  • Kotak gear manual 5-kelajuan.
  • Fork USD dan dwi-absorber di belakang.
  • Tayar depan 120/70-12
  • Tayar belakang 130/70-12
  • Brek cakera depan dan belakang.
  • Kapasiti tangki minyak 5.6 liter.
  • Berat 105kg.
  • Tinggi tempat duduk 770mm
  • Jarak dari bumi 170mm
  • Panel meter digital.