MFORCE Bike Holdings (MForce) melancarkan sebuah motosikal cruiser terbaharu yang mengggunakan lencana QJMOTOR ke pasaran Malaysia.
Model yang dimaksudkan itu ialah QJMOTOR SRV 600 V (2025) versi pemasangan tempatan (CKD) dari kilang MForce di Pulau Pinang,
Motosikal ini ditawarkan dengan harga badan RM33,888 tidak termasuk insurans, pendaftaran dan cukai jalan. Pilihan warna ada 3 iaitu hitam, perak dan kelabu.
Seperti yang pernah kru kami kongsikan, QJMOTOR SRV 600 V (2025) agak unik kerana inilah model pertama jenama QJMOTOR di Malaysia menggunakan enjin V4.
Ini data teknikal (spesifikasi) yang dijangka digunakan untuk QJMOTOR SRV 600 V:
- Enjin 4 strok 4 silinder (susunan V4) 561cc DOHC
- Sistem penyejukan cecair dan suntikan bahan api (EFI)
- Kuasa maksimum: 50kW @ 10,500rpm
- Tork puncak: 54Nm @ 8,000rpm
- Kotak gear 6 kelajuan klac manual
- Sistem pacuan tali sawat (belting)
- Fork USD Marzocchi dan sepasang absober di belakang
- Tayar depan 130/90 – 16
- Tayar belakang 180/65 – 16
- Brek depan cakera berkembar 300mm
- Brek belakang cakera tunggal 260mm
- Ada brek ABS depan-belakang
- Ada sistem cengkaman TCS
- Soket UBS Type A dan Type C
- Sistem pencahayaan penuh LED
- Panjang: 2,280mm
- Lebar: 830mm
- Tinggi: 1,115mm
- Jarak antara roda: 1,580mm
- Tinggi tempat duduk: 720mm
- Jarak dari bumi: 140mm
- Berat kasar: 219kg
- Tangki minyak 16.5 liter































