WMOTO Bobbie VII Side Car (2025) dibuka tempahan, 100 unit pertama ada harga promosi special RM46,888

Selepas selesai lancar motosikal QJMOTOR SRV 250 AMT (2025) dan BENDA Napoleon Bob 250 (2025), MForce Bike Holdings (MForce) membuat satu lagi kejutan.

Ketua Pegawai Operasinya, Encik Asri Ahmad mengumumkan motosikal 3 roda WMOTO Bobbie VII (Bobbie Seven) versi Side Car sudah mendapat kelulusan VTA dari pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) (JPJ).

Beliau berucap dengan menyatakan kelulusan ini membolehkan WMOTO Bobbie VII boleh digunakan di jalan raya biasa.

Tahniah kepada JPJ kerana bersifat proaktif dalam mempelbagaikan pilihan, terus membantu mengembangkan segmen dan industri motosikal tempatan seiring dengan trend semasa.

Dijadikan lebih menarik ialah ini adalah model motosikal 3 roda jenis side car yang dikeluarkan dari kilang dan menerima lampu hijau masuk ke pasaran Malaysia.

Susulan kelulusan ini, motosikal WMOTO Bobbie VII akan berada di kedai-kedai pengedar dalam tempoh terdekat. Sekarang tempahan sudah dibuka.

Membuatkan keadaan bertambah menarik, MForce memilih untuk mengenakan harga badan yang kompetitif dan membolehkan motosikal unik ini diperoleh dengan harga yang tidak begitu membebankan.

Harga badan ialah RM48,888 tapi untuk 100 unit pertama akan ditawarkan pada harga promosi RM46,888.

@brader_shawn WMOTO Bobbie VII versi Side Car dapat kelulusan untuk diguna di jalan raya Malaysia. Tadi MForce umum berita ini dengan pengumuman harga. Siap ada promosi khas untuk 100 pembeli awal. #wmoto #wmotobobbievii #sidecar #bikerlife #moto #malaysia #autotiktok #motorcycle ♬ original sound – Brader Shawn

Tapi, motosikal ini tetap kena bayar tol jika lalu di kawasan lebuh raya bertol dan difahamkan, anda perlu ada lesen B Full untuk menunggangnya. Ini apa yang dimaklumkan dalam video TikTok di atas.

SPESIFIKASI WMOTO BOBBIE VII (2025) CKD MALAYSIA

  • Enjin 2 silinder selari DOHC dengan sistem penyejukan cecair dan sistem suntikan petrol (EFI)
  • Kapasiti 700cc
  • Gerek x lejang: 83mm × 64mm
  • Kuasa maksimum: 55kW (74hp) @ 8,500rpm
  • Tork puncak: 68Nm @ 6,500rpm
  • Nisbah mampatan: 11.6 : 1
  • Kotak gear: 4 kelajuan klac manual dan 1 gear undur
  • Fork teleskopik biasa 41mm
  • Tiga absober termasuk 1 untuk side car
  • Brek depan cakera 320mm dengan kaliper 3 piston
  • Brek belakang cakera 256mm dengan kaliper 1 piston
  • Saiz tayar semua roda : 120/80-17
  • Panjang: 2,260 mm
  • Lebar: 1,730 mm
  • Tinggi: 1,065 mm
  • Jarak antara roda: 1,155
  • Tinggi tempat duduk: 760 mm
  • Jarak dari bumi: 140 mm
  • Berat motosikal kasar: 330kg
  • Tangki minyak 15 liter