Honda Gold Wing Tour edisi 2026 masuk Malaysia, harga badan dari RM217,388

Boon Siew Honda (BSH) mengumumkan motosikal jelajah mewah mereka, Honda Gold Wing Tour edisi 2026 sudah berada di Malaysia.

Harga badan yang BSH syorkan ialah RM217,388 tidak termasuk insurans, cukai jalan dan yuran pendaftaran.

Sebelum ini, BSH juga pernah memperkenalkan model ulang tahun ke-50 Honda Gold Wing Tour 50th Anniversary 2025 di Malaysia Autoshow tahun lalu dengan dua warna pilihan – Eternal Gold dan Bordeaux Red Metallic – harga badan RM222,888.

Untuk model tahun ini, hanya satu warna ditawarkan iaitu Gunmetal Black Metallic. Jaminan pengilang masih sama iaitu dua tahun atau jarak perbatuan 20,000km.

Ini perinciannya:

  • Enjin 6-silinder flat 1833cc SOHC penyejukan cecair 24-injap dengan suntikan bahan api (FI).
  • Output kuasa 125hp @ 5,500rpm dan tork puncak 170Nm @ 4,500rpm. Transmisi dual-klac (DCT) 7-kelajuan.
  • Ada beg udara terbina dalaman. Ada Sistem Brek Kombi Berkembar (D-CBS). Ada Bantuan Mula Bukit.
  • Ada Sistem Henti Lahu (ISS). Ada Sistem Kawalan Jelajah (Cruise Control).
  • Skrin meter TFT saiz 7 inci berwarna dengan sambungan Apple CarPlay dan Android Auto.
  • Fungsi interkom Bluetooth dan sistem output sudah dipertingkat (komunikasi lebih jelas).
  • Tempat duduk dibaluti material suede dan kulit sintetik, ada perehat belakang badan untuk pembonceng.
  • Penghadang angin boleh dilaras secara elektrik. Ada Sistem Kawalan Jelajah (Cruise Control).
  • Menggunakan kawalan kunci pintar, lampu LED penuh, dua soket USB
  • Ruang simpanan kotak atas 61 liter.