Boon Siew Honda umum pilihan warna baharu sportbike Honda CBR150R edisi 2026

Boon Siew Honda mengumumkan satu warna seragam baharu untuk sportbike Honda CBR150R edisi 2026 iaitu hitam.

Rona hitam dengan campuran oren di bahagian kowl enjin dikatakan mempamerkan imej yang lebih agresif untuk Honda CBR150R.

Warna Honda CBR150R (2026)

Dua warna yang diperkenalkan tahun lalu iaitu Tricolor dan perak (Silver) masih dijual setakat ini. Jadi, jumlah warna Honda CBR150R adalah tiga pilihan untuk tahun 2026.

Harga badan untuk Honda CBR150R edisi 2026 ialah RM13,399. Harga ini tidak termasuk insurans, cukai jalan dan pendaftaran.

Jualan sudah bermula pada 16 April lalu menerusi rangkaian pengedar Honda Impian X.

Apa Menarik Tentang Honda CBR150R (2026)

  • Enjin satu silinder 150cc DOHC dengan sistem sejukan cecair dan menggunakan sistem suntikan bahan api.
  • Output kuasa 12kW dan tork maksimum 13.7Nm.
  • Kotak gear 6-kelajuan dengan ciri Assist & Slipper.
  • Tangki minyak 12 liter
  • Ada Sistem brek ABS depan belakang
  • Ada Emergency Stop Signal (ESS)
  • Sistem pencahayaan LED penuh

Spesifikasi Honda CBR150R (2026)

Honda CBR150R 2026
Enjin1 silinder, DOHC
Kapasiti149.2cc
Kuasa maksimum12kW @ 9,000rpm (16.1hp)
Tork maksimum13.7Nm @ 7,000rpm
Bore x Stroke57.3mm x 57.8mm
Nisbah mampatan11.3 : 1
Sistem bahan apiEFI
Sistem penyejukanSejukan cecair
Kotak gear6-kelajuan manual
Suspensi depanFork teleskopik USD
Suspensi belakangabsorber monoshock
Tayar depan100/80 - 17
Tayar belakang130/70 - 17
Brek depanCakera
Brek belakangCakera
Panjang1,983 mm
Lebar700 mm
Tinggi1,090 mm
Jarak dari bumi151 mm
Jarak roda1,310 mm
Tinggi tempat duduk788 mm
Tangki minyak12 liter
Berat kasar137kg

Galeri Gambar Honda CBR150R (2026)