CFMOTO 500SR VOOM (2024): Sportbike neo-retro lancar di Malaysia, harga badan RM35,888

CFMOTO Malaysia mengembangkan tawaran model motosikal dengan pelancaran sportbike neo-retro CFMOTO 500SR VOOM edisi 2025.

Ini adalah model pertama CFMOTO di Malaysia yang menggunakan enjin susunan 4 silinder sebaris (4-inline).

CFMOTO 500SR VOOM ditawarkan dengan harga badan RM35,888 seunit dan ini tidak termasuk insurans, cukai jalan dan pendaftaran.

Ada dua warna ditawarkan sebagai pilihan iaitu Zephyr Blue (biru) dan Nebula White (putih).

Ini adalah perincian untuk CFMOTO 500SR VOOM (2025):

  • Enjin: 4 silinder sebaris DOHC, berkapasiti 499cc
  • Kaedah penyejukan: sistem penyejukan cecair
  • Penyampaian bahan api: sistem suntikan bahan api (FI)
  • Kuasa maksimum: 77.8hp @ 12,500rpm
  • Tork puncak: 49Nm @ 10,000rpm
  • Kotak gear: Manual 6-kelajuan dengan klac sliper, ada QuickShifter (sehala –  upshift)
  • Meter: Panel TFT 5 inci
  • Ram-Air: Dua ventilator bentuk bulat arah depan bantu pengambilan udara ke kebuk pembakaran.
  • Suspensi depan: fork terbalik (USD) 41mm boleh laras
  • Suspensi belakang: monoshock boleh laras
  • Panjang: 2,010mm
  • Lebar: 730mm
  • Tinggi: 1,115mm
  • Jarak roda: 1,395mm
  • Jarak bumi: 140mm
  • Ketinggian tempat duduk: Tiga ukuran iaitu 795mm, 785mm dan 815mm
  • Tangki minyak: 15.5 liter
  • Berat kasar 194kg.
  • Brek depan: cakera berkembar 300mm, kaliper radial 4-piston
  • Brek belakang: cakera tunggal 220mm, kaliper satu piston
  • ABS: Ada Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) depan belakang
  • Kawalan Cengkaman: Ada Sistem Kawalan Traksi (TCS) dua tahap
  • Soket USB: ada pengecas Type-A dan Type-C
  • Tayar depan: 120/70 – 17
  • Tayar belakang: 160/60 – 17
  • Ciri lain: Isyarat Signal Henti Kecemasan (ESS) dan tongkat sisi ada suis pemati