X-WEDGE Walker WR1000: Motosikal 3 roda versi spyder dengan enjin terkecil dalam keluarga X-WEDGE

X-WEDGE Walker WR1000.

Ini adalah salah satu model motosikal tiga roda dalam keluarga X-WEDGE yang diperkenalkan di Malaysia baru-baru ini.

Konfigurasi rodanya ialah dua di hadapan dan satu di belakang. Boleh dianggap sebagai model ‘spyder’ walaupun istilah rasmi digunakan ialah (Reverse-Trike).

Sebelum bercerita lanjut, perlu dijelaskan bahawa X-WEDGE ini adalah satu lagi jenama dibawa pihak MForce Bike Holdings (MForce) ke pasaran Malaysia.

Secara amnya, ada empat model (satu daripadanya ada dua varian) dilancarkan serentak. Namun, artikel ini akan fokus sepenuhnya kepada model Walker WR1000.

HARGA

  • Walker WR1000 diperkenalkan dengan harga RM78,888 tidak termasuk cukai jalan dan insurans.

WARNA

  • Ada tiga warna pilihan iaitu Phantom Black, Sonic Black dan Titanium Blue.

PERINCIAN

  • Gear jenis tombol siap ada gear undur dan brek parkir
  • Meter boleh disambung dengan menggunakan Bluetooth, menyokong fungsi GPS, ada paparan mirroring serta skrin unjuran navigasi.
  • Lengkap dengan tiga kotak simpanan di belakang, dua sisi dan satu di belakang pembonceng.
  • Ada visor penghadang angin.
  • Menggunakan aci (shaft) untuk menggerakkan roda
  • Kotak gear jenis CVT
  • Ada Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dan Brek Kombi (CBS) tiga saluran
  • Soket pengecasan USB Type-A dan Type-C

X-Wedge Walker WR1000
Enjin2 silinder konfigurasi V, OHC
Kapasiti976cc
Kuasa maksimum60kW @ 7,500rpm (80.5hp)
Tork maksimum80Nm @ 5,500rpm
Bore x Stroke91mm x 75mm
Nisbah mampatan11.75 : 1
Sistem bahan apiEFI
Sistem penyejukanSejukan cecair
Kotak gearCVT dengan gear undur
Suspensi depanSuspensi independent dual rocker
Suspensi belakangMonoshock
Tayar depan145/60 - 16
Tayar belakang205/45 - 16
Brek depanCakera tunggal setiap roda
Brek belakangCakera tunggal
Panjang2,490mm
Lebar1,495mm
Tinggi1,185mm
Jarak dari bumi140mm
Jarak roda1,680mm
Tinggi tempat duduk620mm
Tangki minyak23 liter
Berat360kg
Bonus- Ada ABS dan CBS
- TCS boleh dipadamkan
- Ada gear undur
- Ada brek parkir
- Lampu depan LED berkembar
- Instrumen meter LCD 5 inci
- Sistem kekunci pintar
- Ada soket USB
- Tiga kotak simpanan