Month: January 2026

CFMOTO Malaysia beri bayangan kedatangan motosikal dwi-kegunaan CFLite 250 Dual?

CFMOTO Malaysia memuat naik sekeping foto di Facebook mereka semalam memaparkan bahagian ekor sebuah motosikal dengan kapsyen berikut: “A new experience is coming. Awaken DUAL.” Imej yang dikongsi itu menandakan ada model terbaharu CFLITE akan membuat kemunculan di Malaysia tidak lama lagi. Melihat pada profil tayar belakang, ini sudah tentu versi CFLITE 250 Dual (atau […]

2 Interkom ASMAX masuk pasaran Malaysia siap ada versi edisi terhad

NKS Distributors selaku pengedar eksklusif peranti interkom komunikasi jenama ASMAX memperkenalkan barisan produk terbaharu untuk pasaran Malaysia. Produk tersebut ialah dua model baharu iaitu ASMAX Future 1 dan ASMAX F1 Pro Max flagship serta interkom edisi terhad ASMAX Future 1 x EVAR Edition. Sesi pengenalan produk dibuat premis Takong Racing di Cheras, Selangor baru-baru ini […]

VOGE CU625 Automatic (2025): Cruiser China dengan gear AMT lebih canggih, siap ada Mod Creep

VOGE menyertai saingan cruiser dengan transmisi automatik dengan mengumumkan rancangan menawarkan model VOGE CU625 Automatic di China. Pengumuman dibuat pada pertengahan bulan ini dan harga rasmi VOGE CU625 Automatic ialah RMB 27,980 (anggaran RM15,903). Diskaun RMB 1,000 (RM568) diberi kepada pembeli awal. MENGAPA VARIAN VOGE CU625 AUTOMATIK? Salah satu sebab varian automatik ini diperkenalkan adalah […]

Modenas Z15GT (2025): Betul ke ini bukan motor rebadge atau guna enjin Zonsen China?

Model supermoped Modenas Z15GT nampaknya masih panas diperkatakan, masih ada pertanyaan mengenai status sebenar motosikal tersebut. Antara soalan yang diajukan: “Rebadge motor China ke? Guna enjin Zonsen? Enjin Loncin?” Seperti semua orang tahu, Modenas ada jemput wakil bengkel dan tuner yang merupakan sebahagian pemain industri dan wakil media untuk dengar taklimat tentang Z15GT ini. Dalam […]

Brixton Crossfire STORR 500: Motosikal adventure touring siap sedia debut di Malaysia?

Penantian untuk melihat pelancaran model Brixton Crossfire STORR 500 di pasaran Malaysia akan berakhir tidak lama lagi. Malah julat harga yang pernah dijanjikan pihak MForce Bike Holdings (MForce) menerusi ucapan Ketua Pegawai Operasinya, Asri Ahmad ialah bawah RM30,000! Anda boleh lihat digambar di bawah ini: Kelibat model ini pernah kami laporkan beberapa kali, antaranya kemunculannya […]

Ini inspirasi sebenar logo jenama AFAZ, bukan idea bayangan dari mangkuk tomyam

Nampak macam sama? Ada beberapa individu yang kami kenali memberi pendapat dengan mengatakan logo yang digunakan jenama motosikal AFAZ ini nampak macam mangkuk tomyam. Sebenarnya.. inspirasi yang digunakan untuk bentuk logo AFAZ tidak diambil daripada periuk keluli tahan karat ini. Inspirasinya datang dari Harimau Belang, Wau Kucing dengan gabungan abjad dari AFAZ. INSPIRASI HARIMAU MALAYA […]