
Boon Siew Honda (BSH) mengumumkan sportbike kelas pertengahan mereka, Honda CBR650R E-Clutch kini didatangkan dengan warna pilihan baharu.
Warna baharu itu ialah Matte Gun Powder Black Metallic (hitam) manakala warna sedia ada iaitu Grand Prix Red (merah) akan dikekalkan.

Harga badan untuk Honda CBR650R E-Clutch ialah RM49,999 seunit dan akan berada di rangkaian pengedar rasmi bermula 6 Julai 2026.
Ini spesifikasi ringkas Honda CBR650R E-Clutch :
- Enjin 4 silinder sebaris 649cc DOHC 16-injap dengan sistem sejukan cecair dan suntikan bahan api.
- Kotak gear klac manual 6-kelajuan dengan E-Clutch.
- Output kuasa 70kW @ 12,000rpm dan tork 63Nm @ 9,500rpm.
- Fork depan USD 41mm Showa SFF-BP.
- Monoshock boleh laras 10 tahap prabeban.
- Rim 17 inci dengan tayar 120/70 (depan) dan 180/55 (belakang).
- Brek cakera depan 310mm kaliper 4-piston. Ada ABS.
- Brek cakera belakang 240mm kaliper 1-piston. Ada ABS.
- Sistem pencahayaan LED penuh. Meter TFT 5 inci berwarna.
- Tangki minyak 15.4 liter.
- Ada Honda RoadSync, HISS, HSTC dan ESS.
- Tinggi tempat duduk 810mm.
- Berat 211kg.
- Jarak bumi 130mm.
Honda CBR650R 2024 tampil berwajah baharu, kini tersedia dengan pilihan teknologi Honda E-Clutch
