
Episod pertama aspek reka bentuk Modenas Z15GT (2025) yang dikongsikan semalam menceritakan bahagian pertama rekaan supermoped nasional tanpa penglibatan Kawasaki.
Dalam episod kedua ini, kami menyambung semula cerita dan kali ini.. menunjukkan penglibatan wakil Kawasaki dari Jepun yang pernah berkunjung ke Malaysia sekitar tahun 2022.

Fasa ini menyaksikan DNA Kawasaki diterapkan ke dalam model supermoped Modenas Z15GT.
Cerita dan pendedahan ini diberikan oleh Ketua Unit Penyelidikan dan Pembangunan Modenas, Muhammad Amin Nasirudin.
Ini kisahnya….
PEMBANGUNAN REKA BENTUK

Selepas pilih nature reference (rujukan alam), tim R&D Modenas berkesempatan menghadiri kuliah dengan pereka terkenal Kawasaki iaitu Keishi Fukumoto.
Produk yang Fukumoto buat ialah siri Kawasaki Z contohnya Z800 dan Z1000. Ini hasil tangannya lah. Dia datang sini dan bagi kuliah bagaimana nak mencantikkan lagi design yang kita buat supaya DNA Kawasaki ada pada supermoped ini.
INSPIRASI

Ini adalah contoh dimana elemen Kawasaki yang kita ambil. Dalam siri Z ini, antaranya ialah Ram Air, konsep rim yang lebih nipis dan bahagian belakang dari ZX-6R. Dan bahagian tepi juga dari ZX-6R. Ini antara elemen yang kita ambil dan terap dalam Z15GT.
FALSAFAH REKA BENTUK KAWASAKI

Untuk design ini, kita bukan hanya ambil elemen dari nature, kita juga terapkan falsafah yang Kawasaki kongsikan kepada kita. Kita aplikasikan empat elemen iaitu Sugomi, Sexy (dalam bentuk automotif), Ferocius dan Sharp.
Z15GT SEBELUM DAN SELEPAS SENTUHAN KAWASAKI

Gambar ini (di atas sebelah kanan) adalah lakaran yang awal-awal dihasilkan dan selepas kita terapkan falsafah Kawasaki dan kuliah dari Fukumoto… ia jadi yang sebelah ini (kiri).
MODEL YANG JADI RUJUKAN

Sebahagian besar gayaan rekaan diambil daripada reka bentuk model supersport Kawasaki Ninja ZX-6R. Model ini juga dipasang di kilang Modenas di Gurun, Kedah dan dieksport ke China.
RUMUSAN PEMBANGUNAN REKAAN

Foto di atas ini menunjukkan inspirasi Arowana diterapkan di bahagian lampu DRL dan wajah depan Modenas Z15GT. Turut dipamerkan adalah bahagian atau kawasan yang meminjam DNA Kawasaki.
ARTIKEL BERKAITAN
- Modenas Z15GT (2025): Kenapa Arowana jadi pilihan, mengapa bukan harimau atau ular?
- Modenas Z15GT (2025): Betul ke ini bukan motor rebadge atau guna enjin Zonsen China?
- Modenas Z15GT (2025): Mengapa Modenas nekad hasilkan supermoped 150cc ini?
- Modenas Z15GT (2025): Betul ke supermoped Modenas dapat sentuhan Kawasaki?
- Modenas Z15GT (2025): Supermoped bakal eksport ke negara luar, kekal guna nama Modenas?
- Modenas Z15GT (2025): Apa terkandung di sebalik nama model supermoped nasional ini?
- Modenas Z15GT ada varian baru, versi auto klac dijangka muncul pada awal 2027
- Modenas Z15GT (2025) lancar dengan 3 warna, harga badan RM8,288
- Perbandingan: Modenas Z15GT vs Voge FR150 Formica Rossa
- Modenas mula buka cerita tentang Supermoped mereka, Bila nak lancar?
- Supermoped Modenas akan muncul tepat pada masanya?
- Perang Supermoped 150cc Bermula Tahun 2025?
- Kawasaki tidak mempunyai perancangan untuk mengeluarkan model kapcai atau supermoped untuk pasaran Malaysia

