
GRACSHAW memperkenalkan identiti jenama terbaharu sebagai tanda sambutan ulang tahun ke-20 serta memperkenalkan barisan topi keledar baharu.
Identiti jenama mereka kini menggunakan logo baharu berbentuk huruf G yang boleh di lihat di bahagian hadapan topi keledar mereka. Selain itu, ada slogan baru diketengahkan iaitu From Street.

3 Helmet Baru GRACSHAW
Tiga topi keledar yang dilancarkan GRACSHAW ini adalah khas untuk pengguna skuter iaitu GENNEX II, GLAIVE dan GLADEON.
GENNEX II (Open Face)
- Harga RM392
- Topi keledar jenis open-face ini disasarkan kepada pemilik skuter jenis maxi dan touring.
- Dilengkapi sistem buckle mikrometrik.
GLAIVE (Open Face)
- Harga RM478
- Juga jenis open-face tetapi sasaran jualan kepada penunggang skuter dalam bandar.
- Penunggang boleh tambah rear ducktail untuk tingkatkan aerodinamik dan lebih stabil semasa tunggangan kelajuan tinggi.
GLADEON (Full Face)
- Harga RM565
- Helmet full-face tertumpu kepada pengguna skuter berprestasi tinggi dan mereka yang suka tunggang jarak jauh.
- Menggunakan lensa KlearAF Anti-Fog Insert iaitu lapisan nipis untuk penglihatan jelas dalam pelbagai keadaan cuaca.
- Ada hadiah percuma iaitu GRACSHAW Balaclava dan GRACSHAW Ear Plugs dengan setiap pembelian.

ADA APA DENGAN TIGA HELMET GRACSHAW?
GENNEX II, GLAIVE dan GLADEON dikatakan mengandungi ciri-ciri berikut:
- ContourFit Advanced Comfort Padding & Inner Liner System
- Keselesaan tanpa tekanan yang menyesuaikan diri pada apa jua kelajuan.
- SpecFit Eyeglasses Friendly System
- Memastikan cermin mata kekal stabil walaupun dalam perjalanan jauh.
- AeroFlow Ventilation System
- Aliran udara masuk dan keluar untuk penyejukan berterusan.
- Aero-G Cool Comfort Fabric Liner
- Mengurangkan bau dan bakteria akibat peluh, memastikan kesegaran walaupun menunggang dalam cuaca panas.
- KlearView High Clarity Visor
- Perlindungan UV dan silau sambil menampilkan gaya tersendiri.
- KlearAF Anti-Fog System
- Memastikan penglihatan jelas tanpa kompromi dalam semua keadaan cuaca.





