Yamaha Y15ZR (2025) dapat 3 warna baru, harga badan dari RM8,998

Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) mengumumkan tiga warna baharu untuk supermoped Yamaha Y15ZR edisi 2025 iaitu Blue Spark (biru), Aqua Violet (ungu) dan Mecha Green (hijau).

Yamaha Y15ZR (2025) dengan warna baharu ini sudah berada di rangkaian pengedar semenjak 6 November lalu! Harga yang disyorkan mula dari RM8,998.

Harga ini harga badan dan tidak termasuk caj pendaftaran, cukai jalan dan insurans.

Individu yang membeli Yamaha Y15ZR ini akan dapat hadiah percuma berupa alat kunci brek cakera Yamaha bernilai RM100.

Spesifikasi kekal seperti model sedia ada.