Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) melancarkan siri skuter Yamaha NVX (2025) dengan dua pilihan iaitu versi ABS dan SP untuk pasaran Malaysia.
Berikut ialah harga badan untuk Yamaha NVX tidak termasuk insurans, cukai jalan dan pendaftaran iaitu:
HARGA YAMAHA NVX 2025
- Yamaha NVX ABS (2025): RM11,998
- Yamaha NVX SP (2025): RM14,498
WARNA YAMAHA NVX 2025
Ada empat warna pilihan diperkenalkan untuk skuter Yamaha NVX 2025 dengan dua warna untuk setiap varian. Ini nama warna mengikut varian:
Yamaha NVX ABS 2025
- Electric Yellow
- Violet Rush
Yamaha NVX SP 2025
- Gun Metal Grey
- Cyber Blu
APA BEZA YAMAHA NVX ABS & NVX SP?
Ini adalah ciri yang terdapat untuk Yamaha NVX SP 2025:
Ini pula ciri yang ada pada Yamaha NVX ABS 2025:
SPESIFIKASI YAMAHA NVX 2025
- Enjin yang dipasang pada siri Yamaha NVX 2025 jenis 4-lejang silinder tunggal 155cc SOHC 4-injap dengan sistem pancitan bahan api dan penyejukan cecair.
- Kotak gear bergantung kepada varian iaitu ABS menggunakan automatik CVT manakala SP menggunakan YECVT (Yamaha Electric CVT) ada ciri Y-Shift. Pacuan jenis tali sawat V-belt.
- Output kuasa sama untuk dua varian iaitu 15.4PS @ 8,000rpm dan tork maksimum 14.2Nm @ 8,000rpm. Sama macam Aerox di Indonesia.
- Sistem pencahayaan berasaskan lampu LED.
- Meter digunakan jenis digital iaitu LCD latar biru untuk NVX ABS (2025) dan meter berwarna TFT untuk NVX SP.
- Meter untuk varian SP boleh bersambung dengan aplikasi Y-Connect, ada sistem navigasi Turn by Turn menggunakan bantuan Google Maps.
- Meter untuk NVX SP juga ada tiga jenis paparan dan dua mod tunggangan iaitu Town dan Sport.
- Bonus untuk NVX SP ialah lampu henti kecemasan.
- Y-Shift pada model Yamaha NVX SP ada 3 peringkat pilihan iaitu 1 untuk Low, 2 (Medium) dan 3 (High). Ciri Y-Shfit ini mengubah pecutan skuter lebih santai atau laju.
- Sistem brek jenis cakera untuk kedua-dua varian dan hanya menggunakan sistem brek ABS untuk roda depan.
- Varian NVX SP ada tambahan Sistem Kawalan Cengkaman (TCS).
- Kapasiti tangki minyak sama iaitu 5.5 liter.
- Saiz skuter adalah sama iaitu
- Ukuran panjang 1,980mm
- Ukuran lebar 720mm
- Ukuran tinggi 1,170mm
- Jarak antara roda 1350mm
- Jarak dari bumi 145mm
- Tinggi tempat duduk 790mm
- Berat untuk SP ialah 130kg, varian ABS cuma 127kg
- Rim aloi saiz 14 inci dengan tayar 110/80 (depan) dan 140/70 (belakang).
- Sistem suspensi sama iaitu fork teleskopik biasa untuk depan dan absober berkembar dengan subtank di belakang.






