Selain model KLX 230, Modenas juga memperkenalkan model motard mereka ke pasaran Malaysia yang dipanggil sebagai Modenas KLX 230 SM.
Harga badan mula dari RM23,600 iaitu lebih mahal RM600 berbanding Modenas KLX 230 (RM23,000). Harga ini belum masuk insurans, cukai jalan dan pendaftaran.

Pilihan warna juga terbatas kepada satu warna jenis kelabu hitam. Ini perincian Modenas KLX 230 SM:
SPESIFIKASI MODEL MODENAS KLX 230 SM
- Enjin 4-lejang satu silinder 233cc SOHC 2-injap dengan sistem suntikan bahan api dan sejukan udara (air cooled).
- Gerek x lejang: 67mm x 66mm
- Nisbah mampatan: 9.4:1
- Kuasa maksimum: 13.2 kW @ 8,000 rpm
- Tork maksimum: 18.0 Nm @ 6,400 rpm
- Kotak gear klac manual 6-kelajuan
- Skrin meter digital LCD (tiada warna)
- Fork depan terbalik (USD) 37mm dengan jarak travel 188mm
- Monoshock belakang boleh laras prabeban, travel 223mm
- Brek depan cakera tunggal 300mm
- Brek belakang 220mm
- Saiz tayar depan: 110/70-17
- Saiz tayar belakang: 120/70-17
- Panjang: 2,035 mm
- Lebar: 845 mm
- Tinggi: 1,125 mm
- Jarak roda: 1,365 mm
- Jarak bumi: 220 mm
- Tinggi tempat duduk: 840 mm
- Berat kasar: 136 kg
- Tangki minyak: 7.6 liter















