Modenas KLX 230 baru dilancarkan hari ini.
Nampaknya satu lagi model yang dijenamakan semula dari produk Kawasaki menggunakan label Modenas dengan terteranya pelekat nama MODENAS atas badan motosikal ini.
Model ini pernah kami laporkan sebagai siri Kawasaki KLX230.
Harga badan untuk Modenas KLX 230 (2025) ialah RM23,000, tidak termasuk cukai jalan, insurans dan caj pendaftaran. Pilihan warna cuma satu iaitu Lime Green (hijau).
SPESIFIKASI MODEL MODENAS KLX 230
- Enjin 4-lejang satu silinder 233cc SOHC 2-injap dengan sistem suntikan bahan api dan sejukan udara (air cooled).
- Gerek x lejang: 67mm x 66mm
- Nisbah mampatan: 9.4:1
- Kuasa maksimum: 13.2 kW @ 8,000 rpm
- Tork maksimum: 18.0 Nm @ 6,400 rpm
- Kotak gear klac manual 6-kelajuan
- Skrin meter digital LCD (tiada warna)
- Fork depan teleskopik 37mm dengan jarak travel 200mm
- Monoshock belakang boleh laras prabeban, travel 223mm
- Brek depan cakera tunggal 265mm
- Brek belakang 220mm
- Saiz tayar depan: 2.75-21 45P
- Saiz tayar belakang: 4.10-18 59P
- Panjang: 2,080 mm
- Lebar: 845 mm
- Tinggi: 1,140 mm
- Jarak roda: 1,365 mm
- Jarak bumi: 240 mm
- Tinggi tempat duduk: 845 mm
- Berat kasar: 133 kg
- Tangki minyak: 7.6 liter











