Apa sudah berlaku dengan nasib Yamaha di Pakistan?
Yamaha Motor Pakistan ada menyiarkan satu memo mengesahkan mereka akan menghentikan operasi pengeluaran motosikal di Pakistan. Beberapa hari lepas, ada desas-desus mengenainya.
Yamaha Motor Pakistan menyatakan langkah menghentikan operasi pengeluaran motosikal adalah disebabkan perubahan polisi perniagaan.
Namun, pada masa sama, Yamaha Motor Pakistan tetap akan memikul tanggungjawab berhubung aspek waranti dan soal alat ganti. Semua ini dijelaskan dalam memo (kami ada siarkan di hujung artikel)
Ada beberapa laporan dan andaian dikatakan menyumbang kepada terjadinya perkara ini. Salah satunya Pakwheels yang melaporkan:
- Yamaha masih bergantung pada siri motosikal YBR 125 tanpa naik taraf signifikan sepanjang tempoh 9 tahun.
- Harga terus melambung membabitkan model YBR tetapi tiada perubahan enjin, reka bentuk atau ciri.
- Pengguna ada pilihan lain seperti Honda CG150, Honda CB 150F dan Suzuki GR150. Katanya lebih bernilai untuk wang, lebih berprestasi dan berwajah baharu.
Bukan itu sahaja, ada beberapa laporan lain mengaitkan situasi semasa di Pakistan yang mungkin memberi kesan secara tidak langsung (atau langsung) kepada kejadian ini.
Ini termasuk:
- Trend perubahan ke arah kenderaan berasaskan elektrik.
- Lebih banyak pilihan model motosikal berjenama China dengan harga lebih mampu milik.
- Kerajaan Pakistan mengenakan levi Kenderaan Tenaga Baharu (New Energy Vehicles – NEV) ke atas kenderaan berasakan enjin pembakaran dalaman (ICE) bermula 1 Julai 2025.
Ini memo yang dikeluarkan pihak Yamaha Motor Pakistan:



