Suzuki Motor hidupkan semula ‘Raja Superbike’ Suzuki GSX-R1000 & Suzuki GSX-R1000R

Suzui GSX-R1000 (2026)

Suzuki Motor Corporation (Suzuki Motor) sudah melakukan kerja-kerja menambah baik yang penting untuk model superbike Suzuki GSX-R1000 dan Suzuki GSX-R1000R.

Penambahbaikan ini dibuat di bahagian enjin dan sistem kawalan elektronik supaya ‘Raja Superbike’ ini dapat dijual semula di Eropah dan Amerika Utara, mulai tahun 2026.

Kalau diikutkan sebelum ini, Suzuki GSX-R1000 ditamatkan pengeluaran di Jepun sebab tidak memenuhi piawaian ketat emisi dan bunyi bising yang diditetapkan di Negara Matahari Terbit itu.

Dan jualan juga dihentikan di beberapa pasaran sebab faktor sama, salah satunya Eropah. Nampaknya, Suzuki sedar kepentingan model ini dan membuat keputusan untuk menghidupkan semulanya.

Tahun lalu, siri GSX-R baru menyambut ulang tahun ke-40. Kiraan ini dibuat dari generasi pertama iaitu GSX-R750 yang diperkenalkan pada 1985.

Sehingga kini, lebih 1.2 juta motosikal dari siri GSX-R sudah dijual sepanjang tempoh 40 tahun. Tapi pencapaian ini dikira semua model GSX-R1100 / 1000 / 750 / 600 / 150 / 125.

Apa dibuat Suzuki Motor ialah mengubah komponen dalam enjin, pasang sistem kawalan elektronik terbaru dan bateri litium-ion baru ELIIY Power.

Ada tiga warna disediakan:

  • Pearl Vigor Blue / Pearl Tech White
  • Candy Daring Red / Pearl Tech White
  • Pearl Ignite Yellow / Metallic Mat Stellar Blue

Badan motor ditampal pelekat grafik dan lencana. Logo GSX-R logo juga kelihatan pada tempat duduk dan muffler.