Thunder Motorcycle: Motosikal bobber gaya Amerika hasil gabungan idea Jepun & China?

Thunder Motorcycle…. inilah satu lagi motosikal gaya kustom yang dikatakan akan masuk ke pasaran Malaysia tak lama lagi.

Laporan rakan media dari Mekanika dan Paul Tan mengatakan Thunder dijangka dilancarkan pada bulan Oktober 2025.

Thunder kali ini berjaya mencuri tumpuan ramai pengunjung di Art of Speed (AOS) 2025.

Jauh lebih baik berbanding penampilan sebelum ini di Malaysia Autoshow 2024 dan AOS 2024.

Dikatakan, hanya 100 unit motosikal Thunder akan ditawarkan membabitkan varian Softtail Thunder 250 dan Hardtail Thunder 250 untuk peminat Malaysia (fasa awal).

Jepun atau China?

Adakah Thunder Motorcycle ini berasal dan berjenama dari Jepun atau sebenarnya dari China? Ada yang membangkitkan pertanyaan ini dengan alasan tersendiri.

Kalau kata Jepun… ya. Kalau kata China pun ya. Memang tak salah sebabnya Thunder ini jenama hibrid Jepun-China yang dicipta oleh satu pasukan pembina motosikal kustom Jepun dan China.

Inilah satu kombinasi unik.

Pertama, kita tahu tentang persaingan sengit antara produk motosikal China dan Jepun. Kedua, Thunder adalah produk hasil input terbaik dari pembina kustom dua negara (Jepun dan China).

Berdasarkan maklumat yang ada, difahamkan pengeluaran motosikal dilakukan pihak di China menerusi pihak Hangzhou Leishen Motorcycle. Boleh lihat risalah di bawah:

thunder motorcycle malaysia

Kerja-kerja mempromosi jenama Thunder ini dilakukan di acara-acara motosikal kustom dan Mooneyes di Jepun.

Malaysia Jadi Pilihan?

Jualan Thunder di Jepun dikatakan agak kukuh. Sekarang, Thunder mula keluar dan menuju ke rantau Asia Tenggara.

Mungkin juga ini sebabnya Thunder memilih untuk munculkan diri dua kali di AOS – acara budaya kustom terbesar dan paling berjaya di Malaysia.

Kombinasi Vintaj dan Moden

Walaupun jenama Thunder ini adalah penyatuan idea kumpulan Jepun dan China, motosikal bobber yang terhasil nampak lebih berwajah Amerika.

Antaranya konfigurasi enjin V-Twin, bentuk frem, fork 74 springer, tangki minyak macam Sportster dan lampu depan Bates-Style.

Ciri moden dalam vintaj ialah enjin V-Twin bukan karburator tapi gunakan sistem suntikan bahan api (EFI), brek cakera ada sistem ABS sehingga meter paparan digital. Info ini kami petik dari dua portal: Pipeburn dan WeBike.

Spesifikasi Thunder 250

Thunder 250
Soft Tail
Thunder 250
Hard Tail
EnjinV-TwinV-Twin
Kapasiti249cc249cc
Kuasa maksimum13kW @ 8,000rpm (17.4hp)13kW @ 8,000rpm (17.4hp)
Tork maksimum19Nm @ 6,000rpm19Nm @ 6,000rpm
Bore x Stroke49mm x 66mm49mm x 66mm
Nisbah mampatan10 : 110 : 1
Sistem bahan apiEFIEFI
Sistem penyejukan--
Kotak gear5 kelajuan manual5 kelajuan manual
Suspensi depanfork 74 springerfork 74 springer
Suspensi belakangDamping spring Damping spring
Tayar depan5.0-165.0-16
Tayar belakang5.0-165.0-16
Brek depancakera 300mm dengan sistem ABScakera 300mm dengan sistem ABS
Brek belakangcakera 280mm dengan sistem ABScakera 280mm dengan sistem ABS
Panjang2,240mm2,210mm
Lebar750mm750mm
Tinggi980mm980mm
Jarak dari bumi110mm110mm
Jarak roda1570mm1,540mm
Tinggi tempat duduk650mm650mm
Tangki minyak7 liter7 liter
Berat181kg 175kg

Koleksi Gambar Thunder Hardtail 250

Koleksi Gambar Thunder Softtail 250