Boon Siew Honda lancar 2 warna baru Honda Rebel (2025) dengan harga badan RM33,899

Boon Siew Honda memperkenalkan dua warna baru untuk motosikal Honda Rebel di Malaysia iaitu Pearl Sugarcane Beige dan Matte Dim Grey Metallic.

Harga badan motosikal Honda Rebel tahun 2025 ini ialah RM33,899, tidak masuk insurans, cukai jalan dan pendaftaran.

Boon Siew Honda menyatakan Honda Rebel dengan dua warna menarik ini akan ada di kedai-kedai Honda BigWing di seluruh Malaysia bermula hari ini – 18 Jun 2025.

Ini antara data teknikal (spesifikasi) Honda Rebel 2025:

  • Enjin dua silinder selari 471cc dengan sistem penyejukan cecair dan suntikan bahan api (PGM-FI)
  • Hasil kuasa maksimum 34kW (45.6hp) @ 8,500rpm
  • Tork maksimum 43 Nm @ 6,500rpm.
  • Tangki minyak 11.2 liter
  • Brek ABS depan-belakang
  • Sistem lampu LED
  • Waranti pengilang 2 tahun atau 20,000 kilometer, mana-mana datang dulu.