CFMOTO 675SR-R (2025) sportbike 3 silinder lancar dengan harga badan RM37,888

Pada 1 November 2024, CFMOTO Malaysia melancarkan motosikal 3 silinder pertama di Malaysia iaitu CFMOTO 675SR-R dengan harga badan RM37,888.

Tergolong dalam kategori sportbike pertengahan (middleweight), CFMOTO 675SR-R yang akan bersaing secara langsung dengan Triumph Daytona 660 yang juga menggunakan enjin 3 silinder.

Walaupun ada 3 silinder, harga badan CFMOTO 675SR-R jauh lebih rendah kalau nak dibandingkan dengan Triumph Daytona 660 yang berharga RM49,500.

CFMOTO 675SR-R masuk Malaysia dengan dua warna untuk dipilih iaitu Nebula White dan Nebula Black. Ini data teknikal (spesifikasi) CFMOTO 675SR-R:

CFMOTO 675SR-R 2025
Enjin3 silinder, DOHC, 12 injap
Kapasiti675cc
Kuasa maksimum94hp @ 11,000rpm (70kW)
Tork maksimum70Nm @ 8,250rpm
Bore x Stroke72mm x 55.2mm
Nisbah mampatan11.5 : 1
Sistem bahan apiEFI
Sistem penyejukanSejukan cecair
Kotak gearmanual 6 kelajuan klac Assist & Slipper
Suspensi depanFork USD KYB 41mm boleh laras
Suspensi belakangMonoshock KYB boleh laras
Tayar depan120/70 - 17
Tayar belakang180/55 - 17
Brek depanCakera kembar 300mm kaliper 4 piston J Juan
Brek belakangCakera tunggal 240mm kaliper piston tunggal
Panjang2,020mm
Lebar728mm
Tinggi1,105mm
Jarak dari bumi140mm
Jarak roda1,400mm
Tinggi tempat duduk810mm
Tangki minyak15 liter
Berat195kg
Bonus- Set lampu LED penuh
- Ada opsyen T-Box
- Ada winglet
- Cornering ABS
- Penyejukan brek
- Skrin meter TFT 5 inci melengkung
- Ada ABS
- Ada Kawalan Cengkaman (TCS)
- Quickshifter up-shift