Honda baru-baru ini telah memfailkan pendaftaran reka bentuk untuk sebuah motosikal prototaip cafe racer satu silinder 300cc di Jepun.
Yang menariknya, Honda kali ini menggunakan gambar foto sebenar motosikal prototaip tersebut, bukannya imej CAD macam yang biasa dibuat pengeluar lain.
Ini menimbulkan persoalan sama ada Honda benar-benar merancang untuk melancarkan motosikal cafe racer ini atau sekadar idea reka bentuk.
Walaupun pendaftaran ini dibuat di Jepun, reka bentuk motosikal ini nampaknya datang dari pembangunan(R&D berasal dari Honda di Brazil.
Enjin yang digunakan adalah enjin satu silinder 300cc yang serupa dengan yang ada pada model Honda XR300L Tornado dan CB300F Twister yang dijual di Brazil.
Untuk rangka (casis), Honda dikatakan menggunakan reka bentuk daripada CB300F Twister. Motosikal ini dilengkapi dengan rangka backbone keluli dengan suspensi monoshock di belakang.
Yang berbeza, fork depan pada prototaip ini jenis upside-down (USD), berbeza dengan fork biasa pada CB300F di Brazil.
Brek depan menggunakan cakera berkembar yang besar, direka khas untuk model cafe racer ini. Walaupun reka bentuk ini nampak menarik, ada beberapa perkara yang jelas tidak sesuai untuk digunakan pada model pengeluaran sebenar.
Salah satunya adalah sistem ekzos yang tiada muffler atau penukar pemangkin (catalytic converter) sebab tak mungkin memenuhi syarat pelepasan emisi yang ketat.
Tangki minyak, tempat duduk dan ekor belakang prototaip cafe racer ini nampak agak menarik.
Lampu depan pula serupa dengan Honda Rebel 300 dengan empat projektor LED dalam satu bulatan.
Honda nampak macam nak masuk segmen motosikal satu silinder yang semakin popular terutamanya untuk model kos harga rendah.
Ini adalah pasaran yang sedang dikuasai oleh dua jenama popular iaitu Royal Enfield dan Triumph.
Tahun lepas, Honda telah melancarkan model GB350 di Eropah dan dijangka akan memperkenalkan model GB500 yang lebih besar dalam masa terdekat.
Informasi dan gambar diambil dari Cycleworld