X-Wedge: Jenama motosikal gaya cruiser akan masuk Malaysia tahun 2025

MForce Bike Holding (MForce) akan memperkenalkan satu jenama motosikal baru untuk pasaran Malaysia iaitu X-Wedge tidak lama lagi dijangka pada pertengahan tahun depan.

X-Wedge akan jadi jenama ke-13 di bawah MForce selepas Benelli, Keeway, Morbidelli, BENDA, QJMOTOR, SM Sport, SYM, WMOTO, Brixton, Moto Morini, Cyclone dan VOGE.

X-Wedge ialah jenama dari China di bawah syarikat Chongqing Huansong Industries (Group) Co Ltd (Chongqing Huansong).

Awal minggu lalu, saya terima berita ada beberapa wakil dari Chongqing Huansong tiba ke Malaysia dan berkunjung ke ibu pejabat MForce di Pulau Pinang untuk perbincangan sebelum sama-sama mencapai persetujuan.

Lawatan ke MForce itu adalah susulan daripada satu majlis menandatangani perjanjian awal yang dimeterai di China pada September 2024.

Mana Datang X-Wedge?

Sebelum bercerita tentang tiga model itu, izinkan saya kongsi sedikit tentang X-Wedge. Jenama ini diperkenalkan pada 9 September 2023.

Model motosikal X-Wedge menggunakan enjin berkapasiti besar dengan model cruiser/street bergaya ala Amerika Syarikat. Kawan baru Harley-Davidson?

X-Wedge direka firma KISKA iaitu sebuah agensi pereka Eropah yang menghasilkan reka bentuk untuk lebih 300 jenama termasuk KTM, Husqvarna, CFMOTO, SYM, Bajaj, GasGas, Yadea dan Zeeho.