Morbidelli Malaysia (MForce Bike Holdings Sdn. Bhd.) pada bulan Mei 2024 yang lepas dengan rasminya telah melancarkan model naked terbaharu Morbidelli M502N 2024. Dua pilihan warna ditawarkan untuk model tersebut iaitu Lead Grey dan Night Black, manakala harga asasnya ialah sebanyak RM 27,888.00. Morbidelli M502N dilengkapi enjin dua silinder bersesaran 486cc, yang menghasilkan kuasa maksimum 46.93hp (35kW) @ 8,500 rpm dengan tork 45Nm @ 6,750rpm.