Model adventure Zontes 703F 2024 diperkenalkan di pasaran China

Model adventure terbaharu Zontes 703F 2024 sebelum ini muncul dalam pameran di EICMA 2023, dan baru-baru ini ianya diperkenalkan secara rasmi di pasaran China. Harganya ditawarkan sebanyak CNY 43,800.00, bersamaan nilai RM 28,733.09 mengikut kadar semasa.

Untuk pasaran China, Zontes 703F 2024 ini tampil dengan tiga pilihan warna menarik. Enjinnya bersesaran 699cc dengan ciri tiga silinder, dan menawarkan kuasa maksimum 95.84hp dengan tork 76Nm. Adakah model ini bakal dilancarkan di pasaran Malaysia? Sama-sama kita tunggu.