KTM 990 Duke 2024 dilancarkan di Malaysia, harga RM 99,800.00

KTM 990 Duke 2024 kini secara rasminya dilancarkan di pasaran Malaysia, dengan harga asas sebanyak RM 99,800.00. Model naked terbaharu itu tampil dengan dua pilihan warna menarik iaitu Electric Orange dan Black, di samping rekaan lampu depan yang kelihatan begitu radikal.

KTM 990 Duke 2024 dikuasakan enjin LC8c dalam sesaran 947cc (2-cylinder, 4-stroke, parallel twin), dengan kuasa maksimum 123hp dan tork 103Nm. Berat kering jentera naked yang agresif itu hanya 179 kg. Tempoh jaminannya ialah selama 2 tahun, dengan jarak perbatuan tanpa had.