Triumph Motorcycles kini memperkenalkan dua model baharu keluarannya iaitu Triumph Rocket 3 Storm R 2024 dan Triumph Rocket 3 Storm GT 2024. Kedua-duanya dilengkapi enjin 2,458cc (liquid-cooled, inline 3-cylinder, DOHC) dengan hamburan maksimum 182PS dan tork 225Nm.
Tampil dengan tiga pilihan warna menarik, Storm R dan Storm GT mempunyai berat 317 kg dan 320 kg masing-masing. Tangki bahan api berkapasiti 18 liter, manakala tinggi tempat duduk 773 mm dan 750 mm. Kedua-dua model berdiri di atas tayar bersaiz 150/80-R17 dan 240/50-R16.
Galeri : Triumph Rocket 3 Storm R 2024
Galeri : Triumph Rocket 3 Storm GT 2024