Kawasaki Z7 Hybrid 2024 kini rasmi ditawarkan di pasaran Jepun, dengan harga 1,848,000 Yen (RM 57,822.07). Model naked tersebut dikuasakan enjin 451cc (parallel twin, liquid-cooled, DOHC, 4-valve) yang digandingkan dengan motor traction 12PS dan bateri lithium ion 50.4V.
Jumlah prestasi yang dihasilkan oleh sistem hibrid itu dengan teknologi e-boost ialah 69PS @ 10,500rpm, dengan tork 60Nm @ 2,800rpm. Sistem transmisinya automatik enam kelajuan dengan fungsi manual. Terdapat tiga mod tunggangan iaitu Sport-Hybrid, Eco-Hybrid dan EV.