Modenas Ninja ZX-25RR 2024 dilancarkan di pasaran Malaysia, harga RM 36,500.00

Selepas Modenas Ninja ZX-25R SE 2023, pasaran Malaysia hari ini secara rasmi menerima pelancaran Modenas Ninja ZX-25RR 2024. Kedua-dua model dilengkapi spesifikasi yang sama, namun ZX-25RR mempunyai kelebihan apabila dilengkapi suspensi belakang lebih premium.

Untuk pasaran Malaysia, Ninja ZX-25RR tampil dengan skim warna tunggal Lime Green / Ebony, manakala harga asasnya ialah sebanyak RM 36,500.00. Model tersebut dikuasakan enjin 250cc empat silinder, dengan janaan 46PS @ 15,500rpm dan tork maksimum 22Nm @ 13,000rpm.