Honda Forza 350 2024 terima warna baharu Phenomenon Green di pasaran Thailand

Honda Forza 350 2024 di pasaran Thailand baru saja diperkenalkan, kini tampil dengan satu pilihan warna baharu iaitu Phenomenon Green. Empat pilihan warna lain yang turut ditawarkan ialah Stormy Grey, Eclipse Black, Solar Red dan Energetic Blue, yang dibawakan daripada model Honda Forza 350 2023. Tiada sebarang perubahan baharu di bahagian teknikal, termasuklah enjinnya yang kekal bersesaran 329.6cc (eSP+, 4 stroke, 4 valve, liquid-cooled, PGM-FI).

Antara ciri-ciri menarik lain ialah seperti HSVCs (Honda Smartphone Voice Control System) yang eksklusif untuk varian RoadSync Type, Honda Smart Key / Honda Smart Controller, pengecas USB dan pemegang botol terbina dalam di konsol depan, sistem lampu LED, panel meter digital pelbagai fungsi, ABS 2-Channel, ESS (Emergency Stop Signal), tinggi pelana 780 mm, tangki bahan api 11.7 liter, dan ruang storan yang luas di bawah tempat duduk dengan Seat Stopper.

Untuk pasaran Thailand, Honda Forza 350 2024 ditawarkan dalam dua pilihan varian iaitu RoadSync Type dan Standard Type, dengan harga jualan yang bermula dari THB 179,000.00 (bersamaan RM 23,924.63 mengikut kadar semasa). Sementara itu di pasaran Eropah, Honda Forza 350 2024 telah diperkenalkan dengan pilihan warna baharu yang lebih segar. Di pasaran Malaysia pula, sehingga kini belum ada berita mengenai pelancaran Honda Forza 250 2024.