Zontes 500 T 2024 bakal ditawarkan di pasaran Eropah

Bertempat di acara permotoran EICMA 2023 pada bulan November yang lepas, Zontes telah mempamerkan model adventure terbaharunya iaitu Zontes 500 T 2024. Model tersebut diasaskan daripada model Zontes 350 T yang ketika ini ditawarkan di pasaran Eropah.

Berbanding Zontes 350 T yang dilengkapi enjin satu silinder 348cc, Zontes 500 T kini dilengkapi enjin yang lebih besar bersesaran 498cc, dan kekal dengan satu silinder. Enjin itu menghasilkan kuasa maksimum 50.9hp (38kW) @ 8,000rpm dengan tork maksimum 50Nm @ 6,500rpm.

Spesifikasi dan ciri-ciri lengkapnya termasuklah fork depan USD, sistem brek dengan ABS, tayar bersaiz 19 dan 17 inci, panel meter TFT, sistem lampu LED, dan tangki bahan api 19 liter. Zontes 500 T dijangka akan dilancarkan secara rasmi di pasaran Eropah bermula pada tahun ini.