QJ Motor baru-baru ini telah memperkenalkan sebuah model supersport terbaharu di EICMA 2023, yang dikenali dengan nama QJ Motor SRK 1000 RC. Model tersebut menerima sentuhan daripada MV Agusta, hasil kerjasama yang terjalin di antara kedua-dua syarikat berkenaan.
Setakat ini tarikh pelancaran rasminya sama ada untuk pasaran China atau Eropah belum lagi diumumkan. Namun ianya dijangka akan dilancarkan secara rasmi pada tahun ini juga. Melihat spesifikasinya, QJ Motor SRK 1000 RC dilengkapi enjin empat silinder bersesaran 1,078cc.
Enjin dengan sistem Ram-Air itu dipadankan dengan transmisi enam kelajuan, yang seterusnya menghamburkan kuasa maksimum 142hp dengan tork puncak 112Nm. Di bahagian suspensi, fork depan USD berjenama Marzocchi bergandingan dengan suspensi belakang monoshock.
Sistem breknya daripada Brembo, dengan saiz cakera depan berkembar 320 mm dan cakera belakang 260 mm. Kapasiti tangki bahan api 16 liter, saiz tayar depan dan belakang 120/70-17 dan 190/55-17, dan ketinggian tempat duduk 840 mm. Berat penuhnya 198 kg (curb weight).