Voge Valico 900DSX 2024 kini di pasaran Itali, harga €9,890.00

Model adventure terbaharu Voge Valico 900DSX 2024 kini telah ditawarkan di pasaran Itali, dengan harga sebanyak €9,890.00, bersamaan RM 50,792.27 mengikut kadar semasa. Model tersebut tampil dengan dua pilihan warna menarik iaitu Avio Blue dan Lime Yellow.

Enjinnya bersesaran 895cc (dual cylinder, DOHC, 4V, liquid-cooled) dengan kuasa maksimum 93.8hp @ 8,250rpm dan tork maksimum 95Nm @ 6,250rpm. Sistem transmisinya ialah enam kelajuan, yang didatangkan bersama-sama Assist & Slipper Clutch dan Quick Shifter.

Voge Valico 900DSX 2024 ini seterusnya dilengkapi tangki petrol 17 liter, sistem suspensi depan dan belakang dengan ciri ‘adjustable preload & damping’, sistem brek cakera Brembo dengan ABS Dual Channel, tayar bersaiz 90/90-21 dan 150/70-17, dan tinggi pelana 825 mm.

Pelbagai ciri-ciri menarik lainnya seperti sistem kunci keyless, sistem lampu LED, panel meter TFT dengan TPMS (Tyre Pressure Monitoring System), steering damping, skrin penghadang angin boleh laras, pemanas handle dan tempat duduk, dan termasuklah cigarette lighter.

Berdasarkan maklumat rasmi, ianya turut dilengkapi teknologi Radar, Cruise Control, Electronic Power Control, Power Mode dan TCS (Traction Control System). Berat Voge Valico 900DSX 2024 mencapai 215 kg (net weight), manakala kelajuannya maksimumnya 210 km/j.