Pada awal bulan Disember 2023 yang lepas, Honda telah memperkenalkan model Honda Grom 2024 versi baharu untuk pasaran Thailand. Berbanding model tahun 2023, model tersebut kini tampil dengan gaya rekaan baharu yang lebih menarik pada bahagian sisi tangki bahan api.
Selain itu ianya juga dilengkapi undercowl baharu, menjadikan penampilannya kini lebih sporty. Pilihan variannya kekal dua iaitu ABS (with G-Sensor) dan Standard. Bagi varian ABS, warnanya ialah Black-Grey, manakala varian Standard tampil dengan warna Red-Black dan Blue-Black.
Harga jualannya pula bermula dari 69,900.00 THB (RM 9,342.37). Beralih ke bahagian teknikal, ianya sama seperti model tahun 2023. Enjinnya bersesaran 123.9cc (air-cooled, SOHC, 2-valve, PGM-FI) dengan gandingan transmisi lima kelajuan. Tangki bahan apinya berkapasiti 6.0 liter.
Spesifikasi lainnya seperti klac tangan manual, fork depan USD, suspensi belakang monoshock, sistem brek cakera, lampu depan LED, panel meter digital LCD dengan Gear Indicator dan Shift Light, tinggi tempat duduk 761 mm, dan sepasang tayar bersaiz 120/70-R12 dan 130/70-R12.