QJ Motor ATR150 2024 bakal dilancarkan di pasaran Malaysia

Model skuter adventure terbaharu QJ Motor ATR150 2024 sebelum ini telah dipamerkan kepada pengunjung di Kuala Lumpur Bike Show 2023 (24 – 27 Ogos). Ianya dikatakan bakal dilancarkan di pasaran Malaysia tidak lama lagi, namun tarikh pelancaran rasminya belum diumumkan.

Di pasaran China, QJ Motor ATR150 dikenali dengan nama QJ Motor ADV150, dan ditawarkan dengan harga jualan CNY 16,999.00, bersamaan nilai RM 11,113.08 (kadar semasa). Di pasaran Eropah pula, versi yang ditawarkan ialah QJ Motor ATR125 dengan enjin bersesaran 125cc.

QJ Motor ATR150 dilengkapi enjin 150cc (SOHC, liquid-cooled, hybdrid technology) yang dipadankan dengan transmisi automatik CVT. Enjin itu menghasilkan kuasa maksimum 16hp @ 8,500rpm dengan tork 15Nm @ 6,000rpm. Tangki bahan apinya mempunyai kapasiti 8.0 liter.

Melengkapkan lagi spesifikasi model skuter adventure tersebut ialah skrin penghadang angin yang boleh dilaraskan secara manual, sistem lampu LED, panel meter digital LCD, sistem brek cakera depan dan belakang dengan ABS Dual Channel, dan Traction Control System (TCS).

QJ Motor ATR150 berdiri di atas tayar bersaiz 110/80-R14 (depan) dan 130/70-R13 (belakang). Tinggi tempat duduknya 770 mm, dan berat penuhnya 132 kg (curb weight). Untuk spesifikasi penuh dan maklumat yang lebih lengkap, sama-samalah kita tunggu pelancarannya nanti.

Galeri : QJ Motor ATR150 2024

Galeri : QJ Motor ADV150 2024