KTM baru-baru ini telah memperkenalkan model naked terbaharu KTM 1390 Super Duke R 2024, dalam dua versi iaitu KTM 1390 Super Duke R 2024 sebagai model standard, dan KTM 1390 Super Duke R Evo 2024 dengan kelengkapan sistem suspensi yang lebih canggih.
Melihat kepada gambar-gambar yang disiarkan di dalam galeri di bawah, KTM 1390 Super Duke R tampil dengan dua pilihan skim warna. Enjinnya pula bersesaran 1,350cc. Enjin LC8 itu menghasilkan kuasa maksimum 190hp @ 10,000rpm dengan tork puncak 145Nm @ 8,000rpm.
Tangki bahan apinya hadir dengan kapasiti 17.5 liter. Menurut KTM, jarak perjalanan yang boleh dicapai oleh jentera naked yang buas itu sekitar 300 km dengan hanya setangki penuh. Untuk pasaran Malaysia, KTM 1390 Super Duke R 2024 ini dijangka akan turut dilancarkan nanti.
Galeri : KTM 1390 Super Duke R 2024
Galeri : KTM 1390 Super Duke R Evo 2024
























































